POLIS KONTINJEN PERAK,

JALAN SULTAN ISKANDAR, 30000 IPOH, PERAK

Tel. 05-245 1222, Fax 05-253 3911

Berita Polis Kontinjen Perak

COMMUNITY POLICING – DIALOG KPD SG SIPUT BERSAMA PENGUSAHA BARANG LUSUH / MOTOKAR / MOTOR KAWASAN SG SIPUT

Rabu - 28 Julai 2010

 

Bertempat di Dewan LDP IPD Sg Siput telah diadakan program Community Policing -  Dialog bersama pengusaha pengusaha barang barang lusuh / motokar / motosikal seluruh kawasan Sg Siput (u) Perak .Dialog pada hari ini telah di pengerusikan oleh YDH Supt Azman Bin Salim Ketua Polis Daerah Sg Siput.

Seramai ( 28 ) orang pengusaha barang lusuh / motokar terpakai / motosikal telah hadir pada program yang diadakan , turut hadir pada program yang diadakan semua Ketua Bahagian , Ketua Polis Balai Daerah Sg Siput.Dialog berakhir dengan permuafakatan dicapai antara semua pengusaha dan PDRM Sg Siput dalam memerangi kegiataan jenayah terutamanya melibatkan kes kes kecurian kabel dan motosikal di daerah ini .Program bermula jam 1430 hrs dan berakhir   jam 1630 Hrs .