POLIS KONTINJEN PERAK,

JALAN SULTAN ISKANDAR, 30000 IPOH, PERAK

Tel. 05-245 1222, Fax 05-253 3911

Berita Polis Kontinjen Perak

CERAMAH PEMBAHARUAN SENJATAPI IPD GRIK

Rabu - 28 Julai 2010

 

Gerik - satu sesi ceramah telah disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Gerik (Supt.Mahad Nor Bin Abdullah) sempena program Pembaharuan Lesen Senjatapi RELA bagi tempoh Jun 2010 hingga Jun 2011 daerah Gerik.

Pada sesi ceramah tersebut beberapa perkara turut disentuh antaranya peranan yang perlu dimainkan oleh RELA dalam konteks membantu PDRM dalam pencegahan jenayah sekaligus mengawal keselamatan negara.Program yang berlangsung di Bangunan Wisma Persekutuan Gerik itu turut dihadiri oleh ahli RELA seramai lebih kurang 171 orang, program yang berlangsung pada 28 Julai 2010 telah bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira 5 jam kemudian.