Berita Polis Kontinjen Perak
SIDANG MEDIA MASSA IPD MANJUNG BIL : 13/2010
Selasa - 27 Julai 2010
Manjung - Bertempat di bilik mesyuarat Ketua Polis Daerah, satu sidang media massa telah di adakan bersama wakil wakil media massa.Press Conference ini telah di taklimatkan oleh YDH ACP Mohd Jamil Bin Osman ketua Polis Daerah berkaitan kes curi dalam bangunan melibatkan (1) lelaki India.kes-kes yang dilapurkan bersangkut Ayer Tawar Repot dan Sitiawan Repot. Butir-butir Tangkapan (1) Lelaki India berumur 35 tahun, bersama anak lelakinya yang berumur 5 tahun.
Modus Operandi Saspek (1) lelaki India bersama anak lelakinya yang berumur 5 tahun telah masuk ke dalam kedai dan membeli (5) tin air coca cola dan meminta tuan punya kedai supaya membungkus air tin tersebut. Apabila membuat bayaran, saspek akan memberikan wang RM100/= (sekeping) kepada tuan punya kedai dan sementara menunggu baki wang anak saspek akan menuju ke tempat simpanan wang dan bila selesai saspek dan anaknya akan beredar dari tempat kejadian. saspek melarikan diri menggunakan menggunakan motokar warna putih jenis iswara Aeroback No JBT 1397.
Saspek telah ditangkap di hadapan pusat makanan dan minuman Sian Sian Fang Food Court Taman Terus Maju Sitiawan. Hasil Rampasan (1) Wang Taunai RM4700/= (2) Kad Pengenalan (KPT) kepunyaan mangsa (3) Lima Buah Handphone (4) Kad ATM/Kad Visa (5) Plastik Berisi Ganja. Saspek kini masih lagi ditahan reman untuk siasatan lanjut penglibatan saspek di tempat tempat lain. Anak saspek kini berada didalam jagaan saudara kepada saspek di Ipoh dan anak akan dihanatar ke CPU Pulau Pinang untuk rakaman percakapan/Video mengenai penglibatan anak saspek di dalam kes lain..



