Berita Polis Kontinjen Perak
PRORAM COMMUNITY POLICING PEKAN TANJUNG MALIM MAJLIS DIALOG PDRM IPD TG MALIM BERSAMA PERSATUAN NGO, PENGERUSI JKKK DAN KETUA –KETUA KAUM DAERAH TANJUNG MALIM
Selasa - 27 Julai 2010
Tanjung Malim – Bertempat di Dewan Persatuan Ku Kong Chow Tanjong Malim telah diadakan Majlis Mesra Rakyat dan Sesi Dialog antara PDRM Tg Malim dengan Pengerusi Persatuan NGO, Persatuan Penduduk dan Ketua-Ketua Kaum daerah Tanjong Malim. Majlis yang bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir jam 10.30 malam dihadiri oleh YDH DSP Tuan Anuar Bin Othman Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim bersama Ketua – Ketua Bahagian dan semua Ketua Polis Balai Daerah Tanjung Balai. Turut hadir ialah wakil dari Majlis Daerah Tanjung Malim.
Dalam ucapan aluannya YDH DSP Anuar bin Othman Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim telah merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis ini. Tujuan majlis dialog ini diadakan ialah untuk mencari jalan penyelesaian selain menangani permasalahan mengenai isu keselamatan,masalah sosial, dadah dan jenayah didaerah ini.
.



