POLIS KONTINJEN PERAK,

JALAN SULTAN ISKANDAR, 30000 IPOH, PERAK

Tel. 05-245 1222, Fax 05-253 3911

Berita Polis Kontinjen Perak

LAWATAN KERJA PENGARAH KASTAM

Isnin - 26 Julai 2010

 

IPOH –   Y.Bhg Dato’ Haji Dzulkurnain bin Abd. Rahman, Pengarah Kastam Negeri Perak telah mengadakan Kunjung Hormat ke atas YDH DCP Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Perak di pejabatnya serta mengadakan Lawatan Kerja Sempena Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Antara Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak dengan Kastam Diraja Malaysia Negeri Perak Darul Ridzuan.  Mesyuarat berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama IPK Perak.  Dengan perbincangan di antara  PDRM dan Kastam Negeri Perak akan dapat membina dan meningkatkan jalinan kerjasama serta memelihara hubungan persefahaman dua hala yang erat antara kedua-dua jabatan.