Berita Polis Kontinjen Perak
MAJLIS GOTONG ROYONG DENGAN PENDUDUK KG. SERI KINTA
Sabtu - 24 July 2010
IPOH - Majlis gotong royong di Kg. Sri Kinta, Ipoh anjuran Pertubuhan Ibu Tunggal Nurkasih bersama PDRM dan Gagasan Melayu Perak ( GMP ). Pada majlis tersebut pihak Polis IPD Ipoh diwakili oleh Supt Hj. Ibarahim bin Hj Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Daerah Pentadbiran. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua JKKK ( Ketua Kg . Seri Kinta ) wakil kepada YB Senator Dato Azian bin Osman. Turut hadir adalah Dato' Seri Helmi b Hj. Ismail selaku Presiden Gagasan Melayu Perak.
Majlis gotong - royong ini dijalankan bersama pihak polis dari balai polis pasir puteh dan orang kg. Seri Kinta, gotong - royong adalah bagi membaiki rumah Pn. Sahripah di kampung tersebut yang rosak dan uzur. Tak terkecuali juga anggota polis wanita dari Kebajikan Ipd Ipoh turut hadir ke majlis tersebut
.

