Sejak kebelakangan ini, jenayah rogol kerap berlaku, melibatkan mangsa pada peringkat umur yang masih terlalu muda untuk mengenal erti hidup. Jenayah ini bertambah ngeri apabila mangsa dibunuh selepas dirogol. Bagi yang masih hidup, mangsa akan membayangkan kehidupan masa depan yang gelap, dipenuhi kekeliruan emosi, fobia dan syak wasangka.
Bagi menghindari rogol, sedikit tips pencegahan digariskan agar kaum wanita boleh berwaspada sentiasa:-
Bagaimana boleh berlaku?
Perogol biasanya menyerang mangsa yang berseorangan di tempat sunyi
Menerima pelawaan perogol untuk bersiar-siar, bermalam di hotel atau rumah
dan sebagainya.
Makanan atau minuman yang mengkhayalkan atau tidak sedarkan diri.
Mempercayai bomoh yang berjanji menyembuhkan penyakit dengan hubungan seks.
Bagaimana mengelakkannya?
Pastikan tiada orang lain di dalam kereta ketika anda hendak memandu sendirian.
Sentiasa berwaspada ketika menuju ke kereta di lapangan letak kereta yang terbuka.
Ketika hendak menggunakan pengangkutan awam, pastikan ada penumpang wanita
lain
bersama.
Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan
awam (tandas, stesyen bas dan sebagainya).
Pastikan anda berteman ketika memasuki lif di tempat-tempat yang sunyi dan
terpencil.
Apakah langkah-langkah pencegahan dari menjadi mangsa rogol? Sentiasa gunakan
jalan
yang dilalui oleh orang ramai.
Jangan mengikut jalan yang dekat tetapi
gelap dan sunyi.
Cuba berada di tempat yang sibuk dengan orang ramai.
Berpakaian dengan sempuma kerana pakaian yang menjolok mata atau memberahikan
menarik perhatian perogol.
Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar-siar, makan/minum/ menonton wayang atau
menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali/baru dikenali.
Jangan layan teguran atau pelawaan untuk minum air semasa berada di dalam bas,
teksi atau keretapi
Elakkan balik rumah larut malam dan berseorangan.
Jika ketinggalan bas, teksi atau keretapi, jangan tumpang kenderaan lain atau
tidur di perhentian bas.
Biasakan diri bersiar-siar atau berjoging dalam kumpulan.
Ibu bapa atau penjaga janganlah menyuruh anak-anak perempuan pergi ke kedai
untuk
membeli barang berseorangan
Jerit minta tolong jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali.
Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau menggigit badan
perogol untuk melepaskan diri.
Lapor kepada polis dengan segera apabila anda diganggu.
Jika Berlaku Ancaman
Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada dirogol dengan
menggunakan
kekerasan ke atas penyerang, (perogol) sehingga boleh menyebabkan
luka parah atau
kematian ke atasnya.
Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
Tidak lakukan sebarang tindakan yang terburu-buru.
Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar
menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan dan kaki atau sebarang benda yang
ada
pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan
juga nombor kenderaan yang digunakan.
Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan
dan
pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.
Hak Cipta Polis Kontinjen Perak 2008 @ PLTMZU PDRM Paparan ini paling sempurna dengan menggunakan Internet Explorer resolusi skrin 1024 x 768