Malaysia terlalu dekat dengan Golden Triangle iaitu kawasan terbesar di dunia yang mengeluarkan
pelbagai jenis dadah. Pengedaran dadah, jenis candu, heroin dan ganja adalah dari kawasan Golden
Triangle masuk ke Malaysia melalui Thailand. Pengaliran dadah sintetik seperti dadah syabu adalah
daripada negara Filipina, dan ecstacy dari negara-negara Eropah.
Bermula pada tahun 1997 hingga April 1999, PDRM berhadapan dengan seramai 87,868 orang
penagih dadah, terdiri daripada 45,869 penagih baru dan 41,999 penagih tegar. Penyalahgunaan
dadah ini juga telah menular ke kawasan FELDA, sektor perkilangan dan para nelayan. Seramai
3,551 orang peneroka, 2,189 pekerja sektor perkilangan dan 2,620 nelayan telah terlibat. Dari
sejumlah2,620 nelayan tersebut, seramai 384 dihinggapi HIV dengan 20 kematian.
Penguatkuasaan
Dasar penguatkuasaan kita adalah menyekat kemasukan dadah dan mengambil tindakan terhadap
pengguna-pengguna dadah. Kita mempunyai peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk
tujuan penguatkuasaan.
Tangkapan
Bagi tempoh 1997 hungga Jun 1999, seramai 4,334 orang telah ditangkap kerana disyaki mengedar
dadah di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952. Seramai 3,856 orang ditangkap di
bawah Undang-Undang Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).
Rampasan
Sebanyak 173,387 kg. Candu, 703,447 kg. Heroin dan 6,148.203 kg. Ganja telah dirampas dalam
tempoh tiga tahun yang lalu.
Pengesanan/Pembongkaran
Kita telah mengesan 17 sindiket yang terlibat dengan senjatapi; 23 tangkapan telah dibuat, di mana
9 daripada mereka telah terkorban selepas tembak menembak dengan pihak polis. Sebanyak 20
pucuk pistol dan 1,294 butir peluru telah dirampas dari sindiket pengedaran dadah.
Jabatan ini juga telah berjaya membongkar 14 buah makmal haram dan berjaya menangkap 17 ahli
sindiket yang sedang memproses dadah di makmal tersebut.
Rampasan Harta
PDRM juga telah berjaya merampas harta bernilai RM41.93 juta, terdiri dari 7 buah bot, 2 buah
bungalow, 3 buah kondominium, 13 buah rumah teres, 157 buah kereta mewah dan wang tunai.
Tangkapan Warganegara Asing
Seramai 241 warganegara asing telah ditangkap dalam pengedaran dadah di bawah Seksyen 39B
Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala seramai 434 orang pendatang haram telah ditangkap di
bawah akta yang sama.
Di samping itu, dengan kerjasama di antara Jabatan Narkotik dan agensi-agensi penguatkuasaan
dadah antarabangsa, seramai 26 rakyat Malaysia telah ditangkap di luar negara kerana penglibatan
dalam pengedaran dadah di peringkat antarabangsa.
Hukuman
Sehingga tahun Jun 1999, seramai 209 orang telah menjalani hukuman gantung sampai mati, manakala
seramai 270 rakyat Malaysia dan 26 orang rakyat asing masih menunggu hukuman gantung sampai mati.
Operasi Bersama Peringkat Antarabangsa
Bagi membendung pengaliran dadah ke negara ini, pihak PDRM telah mengambil bahagian di dalam"International Narcotics Joint Operations" di peringkat antarabangsa. Oleh kerana komitmen negara ini,
Pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengiktiraf Malaysia sebagai "Model for countries that need to estabilish more effective control systemナ." Pengiktirafan yang sama turut diberikan oleh
Presiden Amerika Syarikat.
Pada tahun 1998 Malaysia juga telah diiktiraf oleh negara tersebut sebagai bukan lagi negara transit
bagi pengedaran dadah antarabangsa. Pihak berkuasa Drug Enforcement Administration - United States
Department of Justice telah memberi penghargaan kepada pihak kita "For Outstanding Contribution
In The Field Of Drug Law Enforcement".
Pada tahun 1999 Presiden Interpol telah memberi penghargaan kepada langkah-langkah penguatkuasaan
yang diambil oleh Malaysia untuk membenteras pengedaran dadah. Dengan kerjasama di kalangan semua
rakyat dan pihak agensi kerajaan yang lain, PDRM dapat membendung masalah penyalahgunaan
dan pengedaran dadah di Malaysia. |