Pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa meninggalkan rumah
pada tempoh masa yang agak panjang, kerana balik kampung atau menziarahi sanak saudara.
Sila rujuk panduan am pencegahan pecah rumah ini; maklumkan alamat rumah, alamat kampung
dan nombor telefon yang boleh dihubungi sepanjang perayaan kepada jiran dan balai polis terdekat.
Nombor telefon ibu pejabat polis daerah dan balai polis serta bilik gerakan yang beroperasi 24 jam
boleh diperolehi di sini.
Bagaimana boleh berlaku
Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
Menggunakan "jack' untuk membuka jerjak besi tingkap
Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi
Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
Menggunakan kunci pendua.
Sebab-sebab Berlaku Pecah Rumah
Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing,
Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak
dihentikan.
Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah
memasukinya.
Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa
berkunci.
Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan
kunci tiruan.
Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang memudahkan
penjenayah memasukinya.
Cara Pencegahan
Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada
di rumah.
Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis
memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperd lubang pandangan,
mangga
dan selak keselamatan.
Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan.
Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan
belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak
meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.
Memang benar, semua lelaki bukannya besifat pendera, tetapi lazimnya, lelaki adalah pendera dan wanita menjadi mangsa. Lelaki memukul kerana mereka merasakan bahawa mereka mempunyai hak untuk bertindak demikian atau berfikir bahawa perasaan mereka adalah lebih utama dari wanita.
Nasihat Apabila Berlaku Pecah Rumah
Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas
dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan
cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.
Hak Cipta Polis Kontinjen Perak 2008 @ PLTMZU PDRM Paparan ini paling sempurna dengan menggunakan Internet Explorer resolusi skrin 1024 x 768