Jika anda
akan melakukan perjalanan jauh, rancanglah
perjalanan untuk mengelakkan rasa letih dan
mengantuk. Tulis atau tandakan perjalanan
anda di dalam peta perjalanan anda pastikan laluan
alternatif yang boleh digunakan jika jalan
utama mengalami kesesakan atau tidak boleh
dilalui.
Elakkan dari memulakan perjalanan
pada waktu awal pagi atau memandu
pada waktu tengahari selepas waktukerja.
Anda hendaklah berhenti
berehat setiap 2 jam masa pemanduan
dan berehat tidak kurang dari 20
minit.
Ada baiknya jika anda ditemani oleh
pemandu kedua yang boleh memandu
secara bergilir.
Anda lebih selamat
menggunakan pengangkutan awam
Periksa kenderaan anda:
Tayar dalam keadaan baik;
Tekanan angin tayar yang mencukupi;
Lampu hadapan, lampu brek dan lampu isyarat berfungsi;
Cecair enjin kenderaan seperti minyak enjin dan minyak
brek yang mencukupi
Selenggara kenderaan
anda di pusat perkhidmatan kenderaan mengikut jadual
Mengantuk
Semasa Memandu
Jika
anda rasa mengantuk semasa memandu,
besar kemungkinan anda akan terlibat
dalam kemalangan jika ianya
dibiarkan berterusan.
Menambah
kesejukan penghawa dingin, membuka
tingkap kenderaan, mendengar radio,
bercakap atau menyanyi hanya dapat
menghilangkan rasa mengantuk untuk
sementara waktu.
Kesempatan tersebut
boleh membantu anda untuk mencari
tempat yang sesuai dan selamat untuk
berhenti.
Perkara-perkara berikut boleh
dilakukan bila anda merasa
mengantuk:
Jangan meneruskan perjalanan, cari
tempat yang sesuai dan selamat untuk berhenti berehat
Minum secawan
atau dua cawan kopi keras yang mempunyai kandungan kafeina yang tinggi
Tidur dalam
tempoh 15 minit atau lebih. Hanya tidur sahaja yang boleh menghilangkan rasa
mengantuk
Terlelap semasa memandu
Kemalangan jalanraya banyak berlaku
kerana pemandunya letih dan
mengantuk. Ini mungkin disebabkan:
Perjalanan yang jauh dan menjemukan
terutamanya sewaktu memandu di lebuhraya
Memandu di antara
pukul 2.00 pagi hingga 6.00 pagi dan 2.00 petang hingga 4.00 petang
Minum minuman
keras sebelum memandu
Mengambil ubatan
yang boleh menyebabkan rasa mengantuk
Tergopoh-gapah
untuk pulang selepas menyelesaikan tugas giliran malam
Tahap dan jumlah
masa tidur yang tidak mencukupi semasa memandu
Tips sebelum memandu
Pastikan brek, lampu isyarat, tayar
dan lain-lain dalam keadaan baik;
Sentiasa membuat
penyelenggaraan kenderaan anda mengikut tahap yangtelah ditetapkan;
Sentiasa mengikut
undang-undang dan tanda-tanda amaran di jalanraya;
Sabar dan
bertimbang rasa di jalanraya dan sentiasa mengutamakan keselamatan jalanraya.
Keselamatan Kanak-kanak di Dalam Kereta:
Tempat duduk kanak-kanak dan bayi adalah di tempat duduk
belakang kereta. Elakkan daripada meletakkan mereka di
tempat duduk hadapan kerana ianya amat merbahaya jika
terjadi kemalangan.
Sesetengah kereta mempunyai beg udara yang boleh
mencederakan kanak-kanak atau orang dewasa yang tidak
berapa tinggi apabila ia menggelembung.
Pastikan bayi atau kanak-kanak sentiasa diikat dengan
kemas dan selamat di dalam tempat duduk bayi atau
kanak-kanak. Gunakan tempat duduk yang sesuai dengan
usia dan saiz mereka. Tali pinggang keledar pula
mestilah dikancing dengan kemas dan sempurna. Ini amat
penting untuk menjamin keselamatan mereka!
Untuk memastikan seorang kanak-kanak atau bayi yang
aktif terikat dengan kemas di kerusi masing-masing
bukanlah suatu kerja mudah tetapi ini mungkin dapat
menyelamatkan nyawa mereka sekiranya terjadi kemalangan.
Walaupun kanak-kanak berusia di antara empat hingga dua
belas tahun tidak memerlukan tempat duduk khas, mereka
mestilah sentiasa memakai tali pinggang keledar.
Pastikan kereta anda mempunyai tali pinggang keledar di
tempat duduk belakang kereta. Jika tidak, anda boleh
memasangnya.
Kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas boleh duduk di
tempat duduk hadapan tetapi pastikan mereka memakai tali
pinggang keledar dengan sempurna sekalipun untuk
perjalanan yang dekat.
Tali pinggang keledar hendaklah dipakai seketat mungkin.
Tali pinggang duduk hendaklah dipakai di paras pelvis
bukannya di atas perut. Pastikan tali pinggang tempat
duduk bayi berada di atas bahu mereka bukannya di leher
dan jangan biarkan bayi mengeluarkan sebahagian bahu
mereka dari tali pinggang keledar.
Kanak-kanak biasanya akan menjadi tidak tenteram apabila
memakai tali pinggang keledar. Mereka akan merengek atau
meragam minta dilepaskan dari ikatan. Jangan sekali-kali
mengalah dengan mereka kerana semuanya adalah untuk
keselamatan mereka. Dan jangan sekali-kali meriba bayi
atau kanak-kanak walaupun untuk perjalanan yang dekat.
Kanak-kanak juga tidak boleh ditinggalkan sendirian di
dalam kereta kerana mereka boleh lemas akibat daripada
suhu dalam kereta yang boleh meningkat dengan mendadak.
Lagipun, kanak-kanak yang ditinggalkan sendirian sering
menjadi mangsa penculikan.
Keselamatan anak anda adalah tanggungjawab anda.
Pastikan mereka sentiasa selamat di jalan raya.
Hak Cipta Polis Kontinjen Perak 2008 @ PLTMZU PDRM Paparan ini paling sempurna dengan menggunakan Internet Explorer resolusi skrin 1024 x 768