Kejayaan Polis Perak

KEJAYAAN TRAFIK IPK PERAK

Sabtu - 1 Mei 2010

 

IPOH - Seramai 2 Pegawai dan 40 anggota dari bahagian penguatkuasaan Cawangan Trafik IPK Perak diketuai oleh ASP Abdul Malik Bin Abu Bakar telah menjalankan operasi samseng jalanan di kawasan Jalan Sultan Azlan Shah Selatan.

Dalam operasi itu, pihak Trafik telah berjaya menangkap samseng jalanan dari membuat aksi-aksi yang lebih ganas. Seramai 23 penunggang dan 10 pembonceng telah ditangkap dan menyita 7 buah motorsikal. Sebanyak 41 saman telah dikeluarkan melibatkan 61 pelbagai kesalahan Trafik. ASP Abdul Malik telah mengarahkan samseng-samseng jalanan yang ditahan untuk menyanyikan lagu Negaraku demi menanamkan semangat kenegaraan dan pematuhan undang-undang dan peraturan. Penahanan samseng-samseng jalanan ini bertujuan untuk dokumentasi. Operasi berakhir jam 0630 hrs.