Kejayaan Polis Perak

POLIS PERAK TEMBAK MATI DUA PENJENAYAH KES SAMUN

Jumaat - 09 April 2010

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IPOH – YDH SAC II Dato’ Mohd. Dzuraidi bin Ibrahim, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Perak dalam Sidang Media yang diadakan pada 09 April 2010 jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat JSJ IPK Perak. Menyatakan Polis Kontinjen Perak percaya telah dapat menyelesaikan beberapa kes samun bersenjata api yang berlaku di Perak (9) kes, Pulau Pinang (1 kes), Selangor (1 kes), Johor (3 kes), Pulau Pinang (1 kes), Kedah (1 kes), Kuala Lumpur dan Perlis (1 kes).  Hasil dari maklumat  orang awam, pada 08 April 2010 jam lebih kurang 10.00 malam sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perak telah mengesan sebuah kereta Proton Wira Sedan yang mencurigakan berdekatan dengan Stesen Minyak BHP Jalan Kamunting, Taiping, Perak.  Semasa pasukan polis cuba menahan kenderaan tersebut bagi tindakan pemeriksaan dengan memperkenalkan diri sebagai polis, kenderaan itu telah tiba-tiba mengundurkan kenderaan lalu merempuh kenderaan polis dan dalam masa yang sama kedengaran beberapa das tembakan dilepaskan dari dalam kenderaan tersebut.  Pasukan polis terpaksa melepaskan tembakan balas untuk mempertahankan diri.  Pemeriksaan lanjut mendapati (2) lelaki India telah berjaya ditembak mati.  Semua penjenayah berusia antara 20 hingga 28 tahun ini mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.  Pihak polis juga percaya telah berjaya menyelesaikan beberapa kes samun kedai emas di beberapa buah negeri dengan tertumpasnya kumpulan ini yang dipercayai telah bergiat aktif sejak akhir tahun 2008 sehingga kini.  Antara barang-barang yang dirampas dari kenderaan tersebut ialah satu pistol Revolver.22, 6 butir peluru dan 3 kelongsong peluru, 2 bilah parang, 1 pedang samurai, sejumlah barang kemas dan 3 telefon bimbit.