Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping
Latar Belakang Sejarah
Polis Daerah Taiping
TAIPING - Sejarah penubuhan Pasukan Polis di Semenanjung Tanah Melayu bermula pada tahun 1807 di Pulau Pinang apabila penjajah Inggeris telah memperkenalkan Charter of Justice yang memisah kuasa kehakiman dan kuasa perundangan. Dengan ini terbentuk pasukan polis yang moden. Menjelang abad ke 19 kesemua Negeri Tanah Melayu mempunyai pasukan polis sendiri, masing-masing dengan sejarah, tradisi dan peranan yang berbeza-beza perkembangan politik Tanah Melayu akibat campur tangan Inggeris dalam pentadbiran Negeri Tanah Melayu menyebabkan penubuhan Pasukan Polis Negeri Selat dan di warisi sehingga hari ini.
Sejarah penubuhan Pasukan Polis apabila tamatnya Perang Larut. Sebelum ini Dato' Ngah Ibrahim Orang Kaya Larut telah mengambil di kalangan orang India sebagai pengawai peribadi beliau dan menjaga harta bendanya. Orang-orang India ini adalah dari suku kaum Pathans. Setelah perjanjian Pangkor ditangatangani pada tahun 1874 Kapten Speed telah dilantik sebagai Penolong Residen Inggeris di Negeri Perak. Beliau diberi tugas untuk menubuhkan Pasukan Polis di Negeri Perak khususnya dalam Daerah Taiping. Keanggotaan yang pertama adalah bangsa Sikh dan Pantahns, anggota polis pada masa itu dipanggil Sepoy.
Bangunan Polis yang pertama telah dibina pada tahun 1881 di Main Road Taiping. Struktur bangunan ini diperbuat dari kayu. Bangunan Ibu Pejabat Polis yang ada sekarang ini telah dibina pada tahun 1962 yang terletak di bandar Taiping. Polis Daerah Taiping bertanggungjawab 11 buah balai polis iaitu Balai Polis Pokok Assam, Balai Polis Aulong, Balai Polis Batu Kurau, Balai Polis Simpang, Balai Polis Changkat Jering, Balai Polis Kuala Sepetang, Balai Polis Trong, Balai Polis Padang Gajah, dan Balai Polis Pasir Hitam.
.
Balai Polis Di Bawah Pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Polis Taiping
Gambar Balai Polis Daerah Taiping
Peta Balai Polis
Peta Pentadbiran Balai Polis Daerah Taiping
Panduan Pengguna
Peta Pentadbiran Balai
Anda boleh mendapatkan maklumat kawasan pentadbiran balai-balai polis di Daerah Polis Taiping dengan berpandukan dari peta pentadbiran yang disediakan di atas, atau maklumat penuh menu balai-balai yang disediakan.














