Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput
Latar Belakang Sejarah
Polis Daerah Sungai Siput
SUNGAI SIPUT - Ibu Pejabat Daerah Polis Sungai Siput (U) terletak di pekan Sg. Siput (U), kedudukannya kira-kira 28km dari Selatan Bandaraya Ipoh, dan 22km dari Utara Bandar Diraja Kuala Kangsar di Utara. Daerah Sg. Siput (U) mempunyai keluasan 155.141 hektar. Ianya bersempadan dengan Daerah Hulu Perak di sebelah Timur Laut, Daerah Kuala Kangsar di sebelah Utara, Daerah Ipoh di sebelah Selatan dan Negeri Kelantan di sebelah Timur. Hampir 60% permukaan buminya dipenuhi bukit bukau serta hutan di kawasan pendalaman dan kawasan perladangan serta kawasan-kawasan bekas lombong di pinggir pekan/perkampungan. Pada 21hb Januari 2008 Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai siput (U) telah berpindah sementara Taman Makmur Sungai Siput (U). Ini kerana kerja-kerja projek pembinaan semula di tapak asal Ibu Pejabat Polis Daerah sedang dijalankan. Mukim Daerah Sungai Siput (U) ditadbir di bawah 3 Mukim:-
Perkampungan Sungai Siput Utara Terdapat sejumlah besar perkampongan di Daerah Sungai Siput (U) antaranya;
Kadar Penduduk Jumlah keseluruhan kadar penduduk di Daerah Sungai Siput (U) lebih kurang - 73,000 orang,
i) Melayu - 36,000 orang;
ii) Cina - 21,900 orang;
iii) India - 10,950 orang; dan
iv) Lain-lain bangsa - 3,650 orang
PENTADBIRAN POLIS DAERAH SUNGAI SIPUT.
Pada peringkat awal pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Polis Sungai Siput (U) di bawah Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar , pada tahun 1972 pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Polis Sungai Siput (U) berpisah dari pentadbiran Kuala Kangsar dan ditadbir oleh Ketua Polis Daerah Polis Sungai Siput (U). Bagaimanapun pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Polis Sungai Siput (U) ditadbir semula oleh Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar.
Dengan perkembangan kadar bilangan penduduk yang meningkat di daerah Sungai Siput (U), pada 1 Januari 2006 pentadbiran Polis Daerah Sungai Siput (U) telah berpisah pentadbiranya dengan Kuala Kangsa, dan ditadbir oleh Ketua Polis Daerah Sungai Siput (U) dengan berpangkat Superintenden Polis.
Balai Polis Di Bawah Pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Polis Sungai Siput
Gambar Balai Polis Daerah Sungai Siput
Peta Balai Polis
Peta Pentadbiran Balai Polis Daerah Sungai Siput

Panduan Pengguna
Peta Pentadbiran Balai
Anda boleh mendapatkan maklumat kawasan pentadbiran balai-balai polis di Daerah Polis Sg. Siput dengan berpandukan dari peta pentadbiran yang disediakan di atas, atau maklumat penuh menu balai-balai yang disediakan.















