Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu
Latar Belakang Sejarah
Polis Daerah Pengkalan Hulu
Kawasan pentadbiran di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu seluas 367.68 kilometer persegi dengan jumlah penduduknya seramai 25,111 orang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk keturunan Thailand. Terdapat 2 mukim iaitu Mukim Belukar Semang dan Mukim Pengkalan Hulu yang terdiri daripada 17 buah kampung serta 14 buah Taman Perumahan.
Dari sudut geografinya Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu terletak di bahagian Utara Daerah Hulu Perak, bersempadan dengan selatan Negara Thailand dan di sebelah barat Daerah Baling, Kedah.
Balai Polis Pengkalan Hulu pada asalnya merupakan sebuah rumah pasong (Balai Polis) yang terletak di kampung Tasek, Kroh disekitar tahun 1909. Kampung Tasek merupakan pusat pentadbiran kerajaan pada ketika itu. Keanggotaan Balai Polis seramai 12 orang bagi menjaga keamanan diseluruh kawasan Kroh. Pada tahun 1914 pusat pentadbiran awam dan Balai Polis dipindahkan dari Kampung Tasek ke pekan Kroh. Pada tahu 1918 Balai Polis ini dipindahkan ke tapak yang sedia ada sekarang. Keanggotaan ditambah menjadi 24 orang dan dinaik taraf kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kroh.
Pada awal tahun 1974 di bawah Rancangan Malaysia Ketiga bangunan-bangunan kayu Ibu Pejabat Polis Daerah lama telah
dirobohkan dan didirikan bangunan seperti yang sedia ada. Pada tahun 1984 Daerah Kroh telah ditukar nama kepada
Daerah Pengkalan Hulu yang diisytiharkan oleh Almarhum DYMM Sultan Idris Shah, Sultan Perak pada ketika itu, dengan perubahan itu Ibu Pejabat Polis Daerah Kroh ditukar menjadi Ibu pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu. Pada tahun 1992 satu lagi projek pembangunan telah dilaksanakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu iaitu projek tambahan rumah-rumah pegawai dan anggota kelas 'C', 'E' dan 'G'.
Balai Polis Di Bawah Pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Polis Pengkalan Hulu
Gambar Balai Polis Daerah Pengkalan Hulu
Peta Balai Polis
Peta Pentadbiran Balai Polis Daerah Pengkalan Hulu
Panduan Pengguna
Peta Pentadbiran Balai
Anda boleh mendapatkan maklumat kawasan pentadbiran balai-balai polis di Daerah Polis Pengkalan Hulu dengan berpanudukan dari peta pentadbiran yang disediakan di atas, atau maklumat penuh menu balai-balai yang disediakan.









