Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung
Latar Belakang Sejarah
Polis Daerah Manjung
Ibu Pejabat Polis Daerah Dinding didirikan pada Tahun 1945 di Lot 363 dengan keluasan 0.2522 hektar terletak di Mukim Lumut dengan keluasan kawasan pentadbiran seluas 91 batu persegi bersamaan 58,432 ekar.
Ketua Polis Daerah Dinding yang pertama adalah ASP Raja Abas Bin Raja Sabun dari tahun 1945 hingga 1946.
Daerah Dinding telah ditukar nama sebagai Daerah Manjung begitu juga bagi Ibu Pejabat Polis Daerah Dinding iaitu sebagai Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung dan berpindah ke bangunan baru di Bandar Manjung pada 16 Ogos 2008. Kini yang masih wujud di tapak ini hanyalah Balai Polis Lumut sahaja.
Adalah difahamkan penempatan awal yang majoritinya adalah orang-orang Melayu yang tinggal di kampung-kampung kecil di persisiran Sungai Dinding dan bekerja sebagai nelayan, pertukangan serta petani. Dari tahun ke tahun daerah ini makin berkembang dan maju sehinggalah sekarang. Dengan membangunnya daerah ini dan terbinanya Pengkalan TLDM Lumut dan Lumut Naval Dockyard pada tahun 1980, arus pembangunannya terus berkembang sehingga sekarang dan terdirilah hotel-hotel, apartment serta bangunan perniagaan serta salah satu destinasi pelancongan serta laluan air ke Pulau Pangkor.
Pada 24 April 2009 Bandar Lumut diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Laut DiRaja Malaysia. Dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarullahu-Lah beridentitikan ‘MANJUNG PERMAI’
Balai Polis Di Bawah Pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Polis Manjung
Gambar Balai Polis Daerah Manjung
Peta Balai Polis
Peta Pentadbiran Balai Polis Daerah Manjung
Panduan Pengguna
Peta Pentadbiran Balai
Anda boleh mendapatkan maklumat kawasan pentadbiran balai-balai polis di daerah Polis Manjung dengan berpandukan dari peta pentadbiran yang disediakan di atas, atau maklumat penuh menu balai-balai yang disediakan.



















