Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian

Latar Belakang Sejarah

Polis Daerah Kerian

Ibu Pejabat Daerah Polis Kerian, bangunan Ibu Pejabat Polis Kerian telah dibina pada tahun 1932 mengikut warta kerajaan 1121/3-3-1939 di atas tanah seluas 5 1/2 ekar. Terletak ditepi jalan besar km 108.5 Jalan Persekutuan Ipoh - Pulau Pinang penghubung pekan Bagan Serai arah ke selatan.
Komplek Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian yang baru telah dibina di atas tapak seluas 13 ekar terletak di Batu 10 Jalan Taiping - Bagan Serai. Projek pembinaan Komplek Ibu Pejabat Polis Daerah ini menelan belanja RM3,341,400 dan pembinaannya telah siap sepenuhnya pada 4 Januari 2005, penyerahan kerja-kerja pembinaan ini oleh Pemaju kepada Polis DiRaja Malaysia pada 6 Jun 2005. Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Kerian telah dilakukan oleh Duli Yang Teramat Mulai Raja Muda Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah Ghafarullahu-Lah pada 19 Jun 2006 (Hari Isnin). Video perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian....
Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian menempatkan Balai Polis Bagan Serai, dan terdapat beberapa kemudahan logistik.
Nama Kerian bermula dari kisah semasa penjajah datang melawat sekitar kawasan Perak Utara dan melalui Sungai Kerian. Semasa melintasi kawasan Kerian, penjajah tersebut telah menunjukkan kawasan daerah Kerian sebagai "KIRIAN" dan sekaligus daerah ini dinamakan sebagai "KERIAN" yang berasal dari panggilan "KIRIAN"


Balai Polis Di Bawah Pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Polis Kerian

Gambar Balai Polis Daerah Kerian

 


Peta Balai Polis

Peta Pentadbiran Balai Polis Daerah Kerian

Image description


Panduan Pengguna

Peta Pentadbiran Balai

Anda boleh mendapatkan maklumat kawasan pentadbiran balai-balai polis di Daerah Polis Kerian dengan berpandukan dari peta pentadbiran yang disediakan di atas, atau maklumat penuh menu balai-balai yang disediakan.