Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar

Latar Belakang Sejarah

Polis Daerah Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR - Pada zaman dahulu Negeri Perak dipenuhi hutan tebal. Sungai Perak mengalir dari hulu kehilirnya disebelah selatan dan ketika itu sungai adalah jalan utama bagi penduduk setempat. Tersebutlah kisah Sultan Muzaffar Shah yang menjadi raja pertama di Negeri Perak, bersama rombongan menyusr pantai Selat Melaka, tiba di muara Sungai Perak, baginda berhenti berehat dan berkampong, apabila di dapati tidak sesuai untuk bersemayam lalu baginda mencari tempat baru. Dalam pelayaran itu banyak anak sungai yang ditemui, setelah perjalanan yang amat sukar, rombongan Sultan berhenti rehat di satu anak sungai. Baginda dapati tempat tersebut amat sesuai dengan tempat yang cantik, kawasan yang rata dan tebing sungainya itu ada pula bukit. Lalu baginda pun bertanya " anak sungai yang keberapakah ini " jawab Bendahara anak sungai yang sembilan puluh sembilan. [ 99 ] tuanku. Jadi kuala ini kurang satu ke seratus. Maka baginda namakan "Kuala Kurang Satu", tetapi nama tersebut terlalu panjang, maka dinamakan "Kuala Kurang Sa" dan akhirnya Kuala Kurang Sa itu menjadikan "Kuala Kangsar" . Memandangkan penduduk bertambah ramai maka pada tahun 1900 Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar dibina untuk memberi khidmat kepada penduduk setempat yang terletak 100 meter dari tempat yang ada sekarang yang dibina dari kayu.

Istiadat pembukaan rasmi bangunan baru ini telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Shah Ibni Al Marhum Sultan Iskandar Shah Kadasallah,
Sultan Yang Dipertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan pada 14 September 1978 bersamaan 12 Syawal 1398 bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan DYMM yang ke 54. Bangunan tersebut dirancang dan dikelolakan oleh JKR. Pentadbiran Polis Daerah Kuala Kangsar merangkumi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kecil Sungai Siput Utara. Pada awal tahun 2006 kedua-dua daerah polis ini telah dipisahkan yang mana Ibu Pejabat Polis Daerah Kecil Sungai Siput Utara telah dinaikkan taraf menjadi satu daerah yang berasingan yang diketuai oleh seorang pegawai polis berpangkat Superinten Polis. Keluasan keseluruhan pentadbiran Daerah Polis Kuala Kangsar ialah 3,273,20 km persegi. Dari sudut topografi daerah ini dikelilingi bukit bukau. Di bahagian utara bersempadankan Daerah Larut Matang, bahagian Selatan bersempadankan Daerah Ipoh, bahagian timur bersempadankan Daerah Hulu Perak, Gerik manakala bahagian barat bersempadankan Daerah Perak Tengah Parit.Terdapat 3 laluan utama yang menghubungkan daerah ini dengan lain-lain daerah iaitu lebuhraya Utara Selatan, jalan persekutuan dan juga jalan keretapi


Balai Polis Di Bawah Pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Polis Kuala Kangsar

Gambar Balai Polis Daerah Kuala Kangsar

 


Peta Balai Polis

Peta Pentadbiran Balai Polis Daerah Kuala Kangsar

Image description BALAI POLIS KATI BALAI POLIS KUALA KANGSAR BALAI POLIS PADANG RENGAS BALAI POLIS MANONG


Panduan Pengguna

Peta Pentadbiran Balai

Anda boleh mendapatkan maklumat kawasan pentadbiran balai-balai polis di Derah Polis Kuala Kangsar dengan berpandukan dari peta pentadbiran yang disediakan di atas, atau maklumat penuh menu balai-balai yang disediakan.