Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh
Latar Belakang Sejarah
Polis Daerah Ipoh
IPOH mendapat nama dari sejenis pokok upa atau upas yang mana pokok itu berasal dari Kg. Paloh. Getahnya digunakan sebagai racun damak oleh orang asli. Pada tahun 1880an bandar Ipoh dikenali dengan nama Epu. Sir Hugh Low merujuk Ipoh merupakan satu perkampungan di tebing Sungai Kinta. Di isytiharkan bandaraya pada tahun 1988 dikenali sebagai Bandaraya Bougainvilla (Pokok Bunga Kertas). Bandaraya Ipoh masyhur dengan gua-gua batu kapur, bijih timah, buah limau dan kacang putih. Sekeliling bandaraya Ipoh terdapat juga bukit-bukit batu kapur.
Keluasan Polis Daerah Ipoh ialah 543.9 km persegi manakala keluasan bandaraya Ipoh 137 km persegi.
Balai Polis Di Bawah Pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Polis Ipoh
Gambar Balai Polis Daerah Ipoh
Peta Balai Polis
Peta Pentadbiran Balai Polis Daerah Ipoh
Panduan Pengguna
Peta Pentadbiran Balai
Anda boleh mendapatkan maklumat kawasan pentadbiran balai-balai polis di daerah Polis Ipoh dengan berpandukan dari peta pentadbiran yang disediakan di atas, atau maklumat penuh menu balai-balai yang disediakan.





















