Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik
Latar Belakang Sejarah
Polis Daerah Gerik
Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik merupakan sebuah daerah yang bersempadan dengan 2 buah negeri iaitu kedah dan Kelantan. IPD Gerik Perak pula terletak 160 Km daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak. Daerah Gerik sebuah daerah yang terbesar iaitu meliputi 31.23% daripada keseluruhan Negeri Perak. Keluasan kawasan pentadiran ialah 6,563.06 km persegi. Jumlah penduduk bagi daerah ini 97,944 orang terdiri dari pelbagai bangsa. Di bawah IPD Gerik ini mempunyai 5 buah balai polis dan 5 buah pondok polis. Di selatan bersempadankan dengan Kuala Kangsar,di utara bersempadan dengan Pengkalan Hulu, manakala di sebelah barat bersempadankan dengan Selama dan di bahagian timur bersempadankan dengan Negeri Kelantan.
Balai Polis Di Bawah Pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Polis Gerik
Gambar Balai Polis Daerah Gerik
Peta Balai Polis
Peta Pentadbiran Balai Polis Daerah Gerik

Panduan Pengguna
Peta Pentadbiran Balai
Anda boleh mendapatkan maklumat kawasan pentadbiran balai-balai polis di Daerah Polis Gerik dengan berpandukan dari peta pentadbiran yang disediakan di atas, atau maklumat penuh menu balai-balai yang disediakan.

.jpg)
 Lng.jpg)









